PRU15 | 77 ‘kawasan panas’ di Selangor dikenal pasti

  • 2 tahun lalu
Polis Selangor mengenal pasti 77 lokasi panas di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata lokasi itu membabitkan tempat yang mudah berlaku kekecohan disebabkan faktor sensitiviti dan lain-lain lagi.

Misalnya, tujuh kawasan Parlimen iaitu Gombak, Shah Alam, Ampang, Sungai Buloh, Pandan, Kuala Selangor dan Sepang yang menampilkan calon 'heavyweight'.

Lima Parlimen yang dikesan sebagai 'hotseat' pula ialah Sabak Bernam, Sungai Besar, Kuala Selangor, Gombak dan Sungai Buloh