PRU15 | BN Perak yakin kemampuan calon pengganti Ustaz Kazim

  • 2 tahun lalu
Barisan Nasional, BN Perak yakin calon yang menggantikan Datuk Mohd Kazim Elias di Parlimen Larut mampu menggalas tanggungjawab untuk merampas semula kawasan itu.

Pengerusi Bn Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau mendapat maklumat, jentera BN Larut akan bertungkus lumus, untuk memenangkan Parlimen Larut dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau.