PRU15 | PH tidak tergugat dengan calon BN dan PN
  • tahun lalu
Pakatan Harapan tidak tergugat dengan mana-mana calon daripada parti lawan, khususnya Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang diumumkan semalam.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, keyakinan itu selepas melihat parti BN yang dilanda pergolakan dan dalam masa sama, parti dalam PN didakwa mempunyai pendapat dan fahaman yang bertentangan terutama antara Pas dan parti Gerakan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran 10 tawaran PH pada PRU15 di Klang pada Rabu.