Calon-calon Warisan berpengalaman dalam pelbagai bidang - Shafie
  • last year
Parti Warisan (Warisan) mengumumkan akan bertanding sebanyak 26 kerusi Parlimen di Semenanjung dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang diadakan pada 19 November ini.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, bagi kawasan Dewan Undangan Negeri di Semenanjung, parti itu akan bertanding sebanyak 16 kerusi setakat ini.