PAS bertanding 60 kerusi parlimen, sasar menang 40 kerusi - Hadi
  • last year
PAS menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 40 daripada lebih 60 kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15, kata Presidennya Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata parti itu yakin mampu mengekalkan penguasaan kerusi Parlimen di tiga negeri yang ditadbir PAS iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, selain mempunyai potensi untuk menang kerusi di Pahang dan Perlis.