Tony Fernandes letak jawatan CEO Kumpulan AirAsia X
  • tahun lalu
Tan Sri Tony Francis Fernandes meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd (AAX) berkuat kuasa hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan itu berkata peletakan jawatan tersebut disebabkan Fernandes mempunyai komitmen lain.