Tindakan Biadap | Lelaki pijak hiasan Deepavali dipanggil polis hari ini

  • 2 tahun lalu
Lelaki yang memijak dan berjalan atas hiasan perayaan Deepavali atau kolam di sebuah hospital swasta, yang tular di media sosial akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk dirakam keterangan hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, lelaki berkenaan dipanggil selepas pihaknya menerima laporan polis yang dibuat ketua Polis Bandar Baru Klang.