Muda hanya umum tiga kerusi

  • 2 tahun lalu
Muda hanya umum tiga kerusi

BERITA SEMASA 29 OKTOBER 2022

Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz berkata, hanya tiga kerusi diumumkan Muda pada pengumuman penamaan calon Muda yang diadakan di Pejabat Parti Muda Kebangsaan, Petaling Jaya, Selangor.

Mereka ialah Danial Abdul Majeed yang bertanding di Kepala Batas, Cikgu Rahayu di Tanjung Karang, manakala Lim Wei Jiet pula bertanding di Tanjung Piai.

Namun katanya, masih terdapat beberapa kerusi lagi akan diumumkan dalam masa terdekat termasuk satu kerusi di Sabah pada 31 Oktober ini.

Semua kerusi tersebut merupakan kerusi gergasi dan Muda akan lawan kerusi-kerusi menteri dalam PRU15.

Artikel: https://bit.ly/3sI7Thi

#BeritaSemasa #SinarHarian