Tun Siti setia temani Tun M berkempen di Senawang
  • tahun lalu
Tun Siti setia temani Tun M berkempen di Senawang

BERITA SEMASA 29 OKTOBER 2022

Pengerusi Gerakan Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali hadir pada Himpunan Gerakan Tanah Air Negeri Sembilan Bersama Negarawan di Dewan Secc, Cattleya, Senawang, Negeri Sembilan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Sebelum ini, Gerakan Tanah Air masih kekal dengan sasaran untuk meletakkan calon di 120 kerusi Parlimen dalam PRU15.

Timbalan Pengerusi Penaja GTA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, bagaimanapun angka tersebut mungkin berubah pada saat akhir sebelum penamaan calon pada 5 November.

#BeritaSemasa #SinarHarian