Anwar mahu tanding sebagai 'gentlemen'

  • 2 tahun lalu
Anwar mahu tanding sebagai 'gentlemen'

BERITA SEMASA 27 OKTOBER 2022

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu melayani sebarang serangan peribadi terutama dengan penyandang kerusi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Jelas Anwar, kehadirannya di kerusi Parlimen Tambun tidak mahu dilihat sebagai pertembungan peribadi dengan Timbalan Presiden Bersatu itu kerana bapa dan bapa mentua Ahmad Faizal merupakan rakan baik ketika di dalam UMNO.

Sebaliknya apa yang mahu diketengahkan adalah tawaran lebih baik oleh Pakatan Harapan untuk pengundi di Parlimen Tambun.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya di Pusat Operasi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Perak pada Khamis.

Artikel: https://bit.ly/3DDdvzS

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15