"Helikopter terhempas dalam perjalanan pulang"
  • tahun lalu
"Helikopter terhempas dalam perjalanan pulang"

BERITA SEMASA 26 OKTOBER 2022

Helikopter yang terhempas di dalam sebuah hutan berhampiran Brinchang di Cameron Highlands dalam perjalanan pulang selepas memberikan perkhidmatan perubatan di Kampung Gawin, Gua Musang, Kelantan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ketika kejadian helikopter terbabit sedang menuju ke Pengkalan Perkhidmatan Doktor Udara, Hospital Bahagia Ulu Kinta sebelum kejadian tersebut berlaku.

Terdahulu, sebuah helikopter jenis Eurokopter AS 355 F2 yang membawa petugas kesihatan dilaporkan terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di Hutan Brinchang, Cameron Highlands pada Rabu.

Artikel: https://bit.ly/3gDbB97