'Tolong jangan jual Peranti Siswa, saya merayu' - Ismail Sabri

  • 2 years ago
Perdana Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob merayu pelajar yang mendapat PerantiSiswa menerusi Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia tidak menjual peralatan berkenaan.

Katanya, kerajaan memberi secara percuma peranti itu untuk memudahkan pelajar dalam pembelajaran.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa mendedahkan 14 kes penjualan semula PerantiSiswa dikesan di seluruh negara dan pemantauan terhadap perkara itu sedang dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Recommended