PRU15 | Young Syefura bertanding Parlimen Bentong
  • 2 tahun lalu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman disahkan bertanding di kerusi Parlimen P89 Bentong dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi panas tersebut selepas tewas kepada bekas Ahli Parlimen Bentong Wong Tack pada 2018.