Zuraida terbuka hadapi cabaran Izzah di Ampang | #MalaysiaMemilih

  • 2 tahun lalu
Penyandang kerusi Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin bersikap terbuka untuk menghadapi cabaran sesiapa sahaja, termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar.

Presiden Parti Bangsa Malaysia itu berkata, Malaysia adalah negara demokratik, dan sesiapa sahaja boleh turun ke Ampang untuk bertanding.