Zahid Hamidi tak bertanding PRU15?
  • 2 tahun lalu
Zahid Hamidi tak bertanding PRU15?

BERITA SEMASA 21 OKTOBER 2022

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 'dikhabarkan' tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak empat penggal lalu pada PRU15.

Sinar Harian difahamkan tempat beliau kemungkinan akan diganti oleh sama ada anaknya, Datuk Nurulhidayah atau pun orang kanan beliau sendiri.

Pemimpin berusia 69 tahun itu membuat keputusan besar tersebut sebagai satu pengorbanan agar nama dan isu yang menyelubungi dirinya tidak dijadikan modal kempen lawan dalam PRU15 yang telah pun ditetapkan pada 19 November ini oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Artikel: https://bit.ly/3yZqJnB

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa