'Belum cukup pengalaman' - Altimet pertimbang tanding PRU16
  • 2 years ago
Penyanyi rap Altimet menolak kemungkinan bahawa dia akan dicalonkan oleh PKR untuk bertanding di kawasan Ampang berikutan masih baru dalam dunia politik.

Altimet yang merupakan Ketua Cabang PKR Ampang bagaimanapun tidak menolak untuk mempertimbangkan bertanding pada PRU16.

Ketika ditanya mengenai pengalamannya menewaskan Hans Isaac semasa pemilihan parti awal tahun ini, beliau berkata tidak sukar untuk bersaing dengan Hans yang disifatkannya sebagai seorang 'gentleman'.