Mencerap Burung | 55 lokasi dikenal pasti di seluruh negara

  • 2 tahun lalu
Sebanyak 55 lokasi aktiviti mencerap burung di seluruh negara dijangka terus menjadi tumpuan dan tarikan pelancong khususnya penggemar burung.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof, berkata antara lokasi berkenaan termasuk di Tasik Kenyir dan Setiu di Terengganu serta Paya Maga dan Mulu di Sarawak.