PRU15 | Setiap calon perlu ada strategi tarik undi golongan muda

  • 2 tahun lalu
Setiap calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 perlu mempunyai strategi tersendiri untuk menarik undi golongan muda.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Annuar Rapaee berkata, hal ini penting memandangkan golongan itu lebih cenderung memilih personaliti calon berbanding ideologi politik.