Gabungan Marhaen buat 'flashmob', tuntut 12 perkara dari calon PRU

  • 2 years ago
Sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Sedunia, Gabungan Marhaen yang terdiri daripada 12 sektor kolektif komuniti hari ini mengemukakan 12 tuntutan kepada semua parti dan calon yang bakal bertanding dalam PRU15.

Dalam 'flashmob' yang diadakan di sekitar Masjid Jamek tengah hari tadi, kumpulan itu antara lain menuntut jaminan hak kerja untuk pekerja kontrak, hak tanah adat buat Orang Asal serta pengiktirafan buat pekerja gig ekonomi dibawah Akta Kerja 1955.

Gabungan itu turut mengemukakan tuntutan daripada kumpulan petani dan penternak supaya kerajaan menghentikan pengusiran paksa sebaliknya mengiktiraf peranan mereka berhubung keselamatan makanan negara.