Flash Mob jalan akhir pemuda UMNO Seremban

  • 2 tahun lalu
Flash Mob jalan akhir pemuda UMNO Seremban

BERITA SEMASA 16 OKTOBER 2022

Pemuda UMNO Seremban mengadakan 'flash mob' di depan Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Sembilan pada Ahad bagi mendesak pucuk pimpinan parti memberi kerusi Parlimen itu kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussin berkata, tindakan itu dilakukan sebagai jalan akhir mereka untuk memastikan suara akar umbi UMNO Parlimen itu didengar.

Katanya, selagi belum hari penamaan calon, mereka akan terus membuat desakan melalui flash mob yang akan diadakan di setiap DUN parlimen terbabit.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa