Kes 1MDB | Akaun Najib akaun individu pertama diwujud dengan nama kod

  • 2 tahun lalu
Akaun Ambank peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah akaun individu pertama yang diwujudkan dengan nama kod bagi tujuan melindungi maklumat dan menjaga sensitiviti akaun itu.

Joanna Yu Ging Ping, 51, bekas pengurus perhubungan di bank itu, berkata, akaun peribadi Najib yang berakhir dengan 694 diberi nama kod AmPrivate Banking - MR, dan idea untuk menggunakan nama kod itu adalah permintaan dan cadangan daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.