Tawaran kerjasama PH buat GTA, Bersatu masih terbuka

  • 2 tahun lalu
Tawaran kerjasama PH buat GTA, Bersatu masih terbuka

BERITA SEMASA 13 OKTOBER 2022

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa parti itu terbuka untuk mengadakan pakatan pilihan raya dengan mana-mana parti termasuk GTA mahupun Bersatu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, pintu kerjasama parti itu masih terbuka, selagi mana ia mempunyai agenda yang sama iaitu menentang rasuah dan salah guna kuasa dan bukan semata-mata untuk menumbangkan UMNO-BN.

Sebelum ini, Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan keterbukaan untuk bekerjasama dengan PH, namun, perihal kerjasama tersebut perlu diajukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu.

Artikel: https://bit.ly/3VmLBPf

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa