Hope, Faith gelaran anak penyu berkepala dua di Terengganu

  • 2 tahun lalu
Hope, Faith gelaran anak penyu berkepala dua di Terengganu

BERITA SEMASA 8 OKTOBER 2022

Hope dan Faith adalah gelaran terhadap anak penyu berkepala dua yang ditemukan sekumpulan sukarelawan Projek Konservasi Penyu Lang Tengah Turtle Watch di Tanjong Jara Resort, Dungun pada 30 Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Rahayu Mustafa dan Norhaspida Yatim.

Gelaran tersebut dipilih bagi menggambarkan harapan supaya anak penyu unik itu dapat mencapai jangka hayat lebih panjang berbanding apa yang diramalkan.

Hope dan Faith kini sudah mencapai berat 40 gram manakala ukuran panjang dan lebarnya pula adalah 5 dan 6 sentimeter.

Muzik: https://artlist.io/

#SInarHarian #Beritasemasa