Banjir Kilat | Beberapa kawasan rendah di Sibu dinaiki air

  • 2 tahun lalu
Beberapa kawasan penempatan rendah di Sibu dinaiki air sejak pagi Khamis.

Antara yang terjejas laluan jalan raya menghubungkan kampung dan bandar.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sibu melaporkan kediaman penduduk di Pesisiran Jalan Salim dan Stabau antara yang terlibat namun tidak menjejaskan rumah penghuni.