Pendidikan | BMS 2022 perkasa budaya menabung, sasar RM150 juta deposit

  • 2 tahun lalu
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited dalam usaha menyebar luas keistimewaan dan manfaat Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) dengan melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 buat kali kelima bermula Jumaat.

Penganjuran BMS 2022 oleh PTPTN, yang juga agensi di bawah bawah Kementerian Pengajian Tinggi, KPT turut bertujuan sebagai platform menggalakkan budaya penabungan dalam kalangan Keluarga Malaysia serta bersempena sambutan Hari Tabungan Sedunia yang diraikan pada 31 Oktober setiap tahun.