Bajet 2023 | Pembentangan dilakukan oleh Menteri Kewangan

  • 2 tahun lalu
Bajet 2023 pada 7 Oktober depan kekal dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Perkara itu sekali gus menafikan tanda-tanya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Bajet 2023 di Parlimen.

Pengesahan itu dibuat secara ringkas oleh Ismail Sabri ketika bertemu dengan ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) di ibu negara pada Sabtu.

Disyorkan