Kes Ebit Lew | Saya terima tangkap layar lucah daripada Fairuz
  • 2 tahun lalu
Pendakwah, Firdaus Wong memaklumkan mahkamah bahawa dia ada menerima gambar serta beberapa tangkap layar berunsur lucah dikaitkan dengan seorang pengadu wanita yang dikongsikan saksi pertama, Mohd Fairuz Abu.

Firdaus yang merupakan saksi ketiga bagi perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew berkata, semua gambar dan tangkap layar berkenaan diberikan kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp.