Malaysia-China | Setuju tingkat kekerapan penerbangan

  • 2 tahun lalu
Kekerapan penerbangan antara Malaysia dan China akan ditingkatkan kepada 30 penerbangan setiap minggu, iaitu 6.7% daripada jumlah penerbangan antara kedua-dua negara.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, Kuala Lumpur dan Beijing akan menyediakan ruang yang secukupnya untuk peningkatan penerbangan kelak susulan sekatan perjalanan untuk penerbangan antarabangsa China akan dilonggarkan secara berperingkat.