UNGA 77 | Ucapan PM lonjak kedudukan bahasa Melayu

  • 2 tahun lalu
Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Prof Datuk Seri Awang Sariyan berkata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melonjakkan lagi kedudukan bahasa Melayu di persada dunia.

Ia selepas komitmen ditunjukkan Perdana Menteri yang berucap dalam bahasa Melayu buat pertama kali di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 dekat New York, baru-baru ini.