Perubatan | Kanabis terbukti mampu rawat penyakit
  • 2 tahun lalu
Sebahagian pakar dan pengkaji perubatan di negara ini menganggap sudah sampai masanya Malaysia mengikut langkah diambil lebih 40 negara yang membenarkan penggunaan kanabis dalam bidang perubatan.

Menurut Ketua Fakulti Perubatan Universiti Mahsa Prof Dr Muhamad Hussain Habil, terdapat keperluan perubatan ketika ini yang memerlukan penggunaan bahan tersebut yang didapati berkesan jika digunakan terhadap beberapa penyakit yang sering dialami rakyat di negara ini.