Taufan di Filipina | Kerja-kerja kerajaan digantung

  • 2 tahun lalu
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos isytihar penggantungan kerja dan kelas kerajaan susulan ribut tropika kategori tiga melanda Pulau Utama Luzon di timur laut ibu negara Manila, pada Isnin.

Menurut agensi cuaca negara, hampir 8,400 orang telah dipindahkan dari laluan Taufan Noru yang dilihat semakin lemah dengan angin berkelajuan 175 kilometer sejam dan tiupan 290 kilometer sejam.