TVET | Kerjasama industri dan politeknik bantu kemahiran pelajar

  • 2 tahun lalu
Pemain industri di seluruh negara disaran membina hubungan kerjasama dengan mana-mana cawangan politeknik dan kolej komuniti bagi merapatkan jurang perbezaan di antara penawaran dan permintaan dalam sektor pekerjaan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata perkara itu perlu dicapai bagi memastikan graduan TVET yang bakal dilahirkan memahami keperluan sebenar industri selain dapat mengasah bakat pelajar lebih awal di peringkat pengajian tinggi.

Disyorkan