Setelah ditelanjangkan, hari ini kebenaran ditegakkan - Zahid
  • 2 years ago
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata dirinya sebelum ini diaibkan, dimalukan dan “ditelanjangkan” atas tuduhan menerima rasuah walaupun sebelum mahkamah membuat keputusan.

Pengerusi BN itu hari ini dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre di China dan sistem Visa Luar Negara.

Zahid turut berterima kasih kepada "perjuangan" BN dan Umno atas pembebasannya hari ini.