Kemalangan | Pemandu maut, tercampak dari treler berhampiran Terowong Menora

  • 2 tahun lalu
Seorang pemandu maut selepas dipercayai tercampak keluar dari treler yang terbabas di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Terowong Menora, kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Mangsa yang dikenali Budi Abd Rahman, 52, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.