BN tegas kekalkan Ismail Sabri sebagai PM jika menang
  • 2 tahun lalu
Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan terus menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-15.

Penegasan itu dibuat beliau ketika ucapan perasmian pelancaran Briged MIC Kebangsaan dan Program Anti Pencegahan Jenayah di Stadium Axiata Bukit Jalil pada Ahad.
Disyorkan