[TERKINI] Najib tidak sihat, hakim tangguh perbicaraan

  • 2 tahun lalu
Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak semalam selepas mengalami masalah tekanan darah, berkemungkinan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini yang sepatutnya mendengar perbicaraan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib.