Kesan Banjir | Pusat madu kelulut musnah dibangunkan semula

  • 2 tahun lalu
Pusat Repositori Kelulut Indo-Malaya di Taman Pertanian Negeri (TPN) Sekayu, Hulu Terengganu yang musnah akibat banjir luar jangka pada Februari lepas akan dipulih dan dibangunkan semula.

Pengurusnya, Mohd Amran Awang berkata usaha perlu dimulakan dari awal berikutan 65 sarang kelulut pelbagai spesis rosak sepenuhnya selepas ditenggelami air.