Kemangkatan Ratu | Malaysia sertai dunia rakam takziah kepada UK

  • 2 tahun lalu
Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Keluarga Diraja Britain atas kemangkatan Ratu Elizabeth II awal hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi catatan dalam akaun media sosialnya berkata ucapan itu turut dipanjangkan kepada rakyat serta kerajaan negara tersebut.