Jenayah Dadah | Sindiket dadah tumpas, empat individu diberkas polis

  • 2 tahun lalu
Sindiket pengedaran dadah jenis heroin dan ganja di Pulau Pinang tumpas selepas polis menahan empat individu dalam tiga serbuan di Jawi dan Butterworth pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Lee Chong Chern berkata, empat individu termasuk dua yang mempunyai ikatan persaudaraan, ditahan selepas polis menyerbu rumah di Taman Halaman Indah dan Kondominium Cassia di Butterworth.