Tak mungkin parlimen dibubar 10 Oktober - Anthony Loke
  • 2 years ago
Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook menolak khabar angin bahawa Parlimen akan dibubarkan beberapa hari selepas Belanjawan 2023 dibentangkan kerana ia boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran negara.

Bercakap menerusi forum dalam talian bertajuk “Anthony Jawab Jujur”, Loke berkata, tempoh itu terlalu singkat untuk Parlimen meluluskan belanjawan berkenaan.

Loke mengulas spekulasi Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan membubarkan Parlimen pada 10 Okt ini, iaitu hanya tiga hari selepas membentangkan belanjawan tahunan.

Sumber video: https://www.facebook.com/lokesiewfook/videos/1433863257117150
Recommended