Kes VLN | Pendakwaan terpilih dan bersifat diskriminasi - Peguam Bela

  • 2 tahun lalu
Pasukan pembelaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, bahawa 40 tuduhan menerima rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN) adalah pendakwaan terpilih dan tiada prima facie. Peguam utama Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik, berkata mahkamah dan undang-undang tidak boleh membenarkan pendakwaan terpilih yang sememangnya bersifat diskriminasi.