PRU15 | Bukan masa sesuai, rakyat masih bergelut dengan ekonomi

  • 2 tahun lalu
Pemimpin dan parti politik perlu melihat dengan lebih rasional sebelum mendesak menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis Politik, Prof. Madya Dr Ahmad Marthada Mohamad berkata, apa yang penting keputusan itu perlu mengambil kira keadaan semasa ekonomi rakyat yang baharu sahaja bangkit selepas pandemik COVID-19 selain menyiifatkan tidak sesuai untuk membubarkan Parlimen dalam waktu terdekat.