Perbicaraan 1MDB | Saksi pendakwaan 'tak tahu' penyataan bertulis sendiri
  • 2 tahun lalu
Bekas Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan Dan Aktuari (BPKA) Kementerian Kewangan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau 'tidak pasti' mengenai beberapa dokumen dalam penyataan saksi bertulisnya yang dikemukakan kepada mahkamah berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datuk Siti Zauyah Mohd Desa turut mengakui beliau antaranya tidak dapat memastikan ketulenan Memorandum Dan Artikel Pertubuhan Syarikat (M&A) 1MDB kerana kebiasaannya perihal perundangan hanya disahkan oleh mereka yang arif.
Disyorkan