Krisis Sri Lanka | Rundingan dengan IMF bersambung minggu depan
  • 2 tahun lalu
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan menghantar pasukannya ke Sri Lanka minggu depan bagi menyambung semula rundingan berhubung bantuan yang tergendala sebelum ini.

Dalam kenyataannya, IMF yang berpangkalan di Washington merancang melawat Colombo pada 24 hingga 31 Ogos ini untuk meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa Sri Lanka mengenai pembaharuan dasar ekonomi dan kewangan.
Disyorkan