Menjelang PRU15 | Pas mahu satukan parti-parti politik Melayu

  • 2 tahun lalu
Pas mahu terus menjayakan penyatuan ummah selain memberi fokus memastikan agenda satu lawan satu dengan Pakatan Harapan (PH) dapat dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Ketua Penerangannya, Senator Khairil Nizam Khirudin, agenda itu memerlukan penyatuan parti politik Melayu-Islam bagi mengelakkan pertembungan seperti yang berlaku dalam PRU14.