Laporan Khas | Pemilik lot tanah Bukit Tabur bersuara

  • 2 tahun lalu
"Kami hanya mahu berkebun di atas tanah sendiri..."

Ini luahan beberapa pemilik lot tanah di Bukit Tabur, yang sebelum ini didakwa cuba menjalankan pembangunan di kawasan berkenaan.

Susulan pendedahan Astro AWANI baru-baru ini bertajuk Bukit Tabur makin terabur?, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengesahkan berlaku kerja meratakan tanah tanpa permit di kawasan tersebut.

Ikuti penjelasan daripada pemilik lot tanah berhubung situasi sebenar, dan benarkah tindakan mereka bakal merosakan alam sekitar?