ISES 2022 | Strategi pacu ke arah tenaga boleh baharu

  • 2 tahun lalu
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia akan mengadakan Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2022 buat kali kelima dengan tema ‘Memperkasakan Peralihan Tenaga’ pada 29 dan 30 Ogos ini bertempat di KLCC.

Persidangan ISES 2022 merupakan platform bertukar pandangan serta wadah diskusi bagi membincangkan strategi mencapai sasaran kerajaan untuk 31% campuran kapsiti terpasang tenaga boleh baharu (TBB) nasional pada tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035.