Isu Kemanusiaan | Utusan Khas PBB lawat Myanmar buat pertama kali
  • 2 tahun lalu
Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar, Norleen Keyzer memulakan lawatan ke Myanmar, lawatan pertamanya ke negara di Asia Tenggara itu sejak dilantik pada Oktober tahun lalu.

Beliau tiba di Yangon sehari selepas mahkamah junta tentera menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi, atas tuduhan rasuah.