Umrah | PUHAZ tidak terlibat urus jemaah wanita berpakaian ihram

  • 2 tahun lalu
Persatuan Pengendali Umrah, Haji Dan Ziarah Perak (PUHAZ) mengesahkan tidak terlibat dalam mengendalikan urusan umrah seorang seorang wanita yang didakwa berpakaian ihram lengkap seperti lelaki di tanah suci Mekah yang tular baru-baru ini.

Setiausaha Agungnya, Abdul Jabbar Abdul Kahar menjelaskan hasil maklumat awal, tiada mana-mana antara 35 syarikat pelancongan dan umrah di bawah persatuan itu terlibat urusan wanita yang didakwa beralamat di Bota, Perak.