Kes Rasuah | SRC International: Rayuan akhir Najib hari ini

  • 2 tahun lalu
Mahkamah Persekutuan hari ini dijadual mendengar rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Ia rayuan terakhir Najib selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lalu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun ke atas Ahli Parlimen Pekan itu serta denda RM210 juta yang dikenakan oleh hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 28 Julai 2020.

Disyorkan